MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI KUALA LUMPUR 2013

Kepada Bakal Graduan UniKL MIMET,

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen Universiti Kuala Lumpur Ke Sepuluh akan diadakan pada 21 – 23 September 2013 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sehubungan itu, anda dijemput untuk menyertai Majlis Konvokesyen tersebut mengikut sesi yang ditetapkan. Sila layari http://www.unikl.edu.my/convo/ untuk maklumat lanjut. Borang jawapan boleh difaks ke 05-6909033.

Untuk makluman:

Tarikh akhir pembayaran jubah : 12 September 2013
Tarikh akhir penghantaran borang penyertaan ke UniKL MIMET (bersama slip pembayaran) : 17 September 2013

Harap maklum


Academic Management Department
UniKL MIMET