Majlis Ucaptama Dekan & Gotong Royong Perdana

Majlis Ucaptama Dekan baru UniKL MIMET telah berlangsung pada 20 Mei 2013 yang lalu serentak dengan aktiviti Gotong Royong Perdana QE/5S. Dekan baru UniKL MIMET ialah Prof. Madya Zainorin Mohamad yang telah menggantikan mantan Dekan UniKL MIMET iaitu Prof. Dato' Dr. Mohd Mansor Salleh yang kini berkhidmat sebagai dekan di UniKL MITEC. Prof. Madya Zainorin Mohamad sebelum ini adalah merupakan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Mahasiswa & Technopreneur).

Selepas memberikan ucaptama, Dekan UniKL MIMET berbesar hati untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi beberapa pertandingan QE/5S seperti Workstation Terbaik, Kelas Terbaik, Makmal Terbaik, Bengkel Terbaik, Tandas Terbaik dan Stor Terbaik. Pertandingan tersebut yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk QE/5S UniKL MIMET bertujuan untuk memberikan motivasi kepada warga UniKL MIMET untuk meningkatkan lagi momentum bagi mencapai pensijilan QE/5S.

Aktiviti pada hari tersebut diteruskan lagi dengan Gotong Royong Perdana. Gotong Royong Perdana ini memfokuskan kepada kerja-kerja sishan yang terakhir yang melibatkan kawasan persekitaran UniKL MIMET.

 

Gambar-gambar lain Majlis dan Gotong Royong Perdana tersebut boleh didapati di dalam KDPERAKSVR → QE5S → Induk → Gambar Sebelum Selepas → 2013-05-20 Ucaptama Dekan dan GRPerdana