Kunjungan Mesra Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Shah Alam

Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah ALam pada 14 Ogos 2014 yang lalu. Matlamat utama kunjungan tersebut adalah untuk menjadikan UniKL MIMET sebagai penanda aras (benchmark) kepada fakulti tersebut yang juga kini berusaha untuk menuju ke arah pensijilan QE/5S.

Rombongan seramai 40 orang tersebut terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan orang-orang penting di dalam jawatankuasa pemandu QE/5S fakulti tersebut dan diketuai oleh Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Profesor Dr. Hj. Mustaffa Halabi Hj. Azahari. Semoga pihak Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM akan mendapat manfaat daripada hasil lawatan penanda aras tersebut.